Friday, November 5, 2010

kalah itu biasa..menang itu pasti...

assalamualaikum...bahang prk galas dan batu sapi masih hangat lagi terasa walau sdh tamat brtempur 48 jam lalu..kita dikejutkan dengan kemengan partai UBN yng mana dpt merebut kmbali kerusi yang telah di"pinjam" kepada PAS...umum mengetahui galas merupakan kubu kuat UBN zaman berzaman...kebanyakan dari mereka merupakan penyokong setia anak raja yang bertakhta di Gua Musang. "Comeback" yang di lakukan anak raja tersebut menyebabkan yang tua "malu muka" dgn anak raja tersebut...kaum muda yang selama ini tak menghiraukan langsung siapakah anak raja tersebut mula mengenali anak raja ini..bagi kaum asli,anak raja ini ialah raja mereka.."bapa" yang menjaga kebajikan mereka.di pihak PAs pula serangan  yang bertali arus menyebabkan pihak jentera tidak dapat membals isu yang ditimbulkan.UBN menggunakan segala agensi kerajaan termasuk media perdana untuk menghentam PAS sedangkan PAS hanya ad blogger dan media alternatif yang sangat terhad liputannya. Penggunaan "pitis" yang sangat dahsyat menjadi punca kenapa rakyat beralih arah..slogan "demo wi kain kito ambil,demo wi pitis kita ambil,pangkoh,kito pangkah bulan" tak menjadi di galas,rata-rata pengudi yang bekerja kampung sangat terpesona dengan habuan ini..Ketelusan SPR dan piahk berkuasa lain juga menjadi faktor,tapi ni adalah analisis awal yang dilakukan kenapa PAS kalah di galas..banyak benda yang perlu direnungkan kembali..jangan kerana kesilapan yang kecil ini tidak diperbaiki akan menyebabkan kekalahan yang teruk di PRU13 nanti.....ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang tinggi selain darinya.kalah itu biasa,menang itu pasti.-jejak jejak mimpi


Ualasan Pasca Pilihanraya Galas 1

Pas Masih Bernafas Di Galas Walaupun Dibelasah Teruk 

PILIHAN RAYA kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya itu mengistyharkan calon BN, Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Kemenangan Aziz itu besar dan mengejutkan. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi. Jadi BN bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu dicatat bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.

Menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak BN dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia melakukan perubahan baik dari segi perjuangan, cara mendekati rakyat, tidak mungkir janji dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak bermain kongkaling dalam pilihan raya.

Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon BN tidak separtutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.

Tetapi kenapa majoriti BN besar? Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada UBN. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada BN dalam pilihan raya semalam, tetapi bila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?

Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. Dalam hal ini para penyokong dan ahli Pas kena insaf mengenai kelaziman pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN. Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang - Pakatan Rakyat, sebelum ini hampir semua pilihan raya kecil yang dianggap berat sebelah dimenangi oleh BN.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa berlaku lonjakan begitu tinggi kepada BN sebanyak 926 sehingga hampir melebih dua kali ganda dengan majoriti dicapai oleh Pas sebelum ini? Sekali lagi faktor utamanya ialah kerana ia pilihan raya kecil. Sebab-sebab lain ialah pilihan raya itu ditambah dengan satu lagi suasana yang tidak mudah untuk difahami dan akan dihuraikan kemudian nanti.

Faktor inilah membawa kemenangan kepada calon BN. Di sini saya akan senaraikan faktor membantu kepada kemenangan BN itu tanpa memberi ulasan dan sebab musabab mengenai apa yang berlaku pada pilihan raya itu yang sebenarnya. [Saya sepatutnya post posting ulasan beracun tengah malam tadi, tetapi ditangguhkan]. Marilah kita berbahas secara berfakta yang nampak dan mudah difahanmi dulu bagi mengelak saya prejudis dan mahu mengkhianati sesiapa!

1. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Justeru Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangan ini. Seperti mana kata Mustapa Mohamed mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya. Mustapa tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir mengenai pilihan raya ini. Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan. Jadi penumpangan (penswastaan) kerusi berkenaan oleh BN kepada Tengku Razaleigh adalah tepat dan membawa kejayaan besar.

2. Peningkatan peratus pengundian. Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.

3. Kesungguh berpilihan raya. Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah menopause. Stail pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.

Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.

Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?

Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut. - msomelayu.blogspot

No comments:

Post a Comment